Lelaki obses dengan 'pocong' kembali cari mangsa

Iklan
Gilang Bungkus pernah ditahan pihak berkuasa pada 2020 kerana membungkus mangsanya seperti pocong. Foto Agensi

SURABAYA - Nama Gilang Aprilian Nugraha Pratama atau lebih dikenali sebagai Gilang Bungkus kembali menuai perhatian setelah dia masih obses dengan 'pocong'.

Pendedahan itu dibuat R, 20, yang hampir menjadi mangsanya setelah dia berasa pelik dengan tawaran projek penulisan melibatkan amalan mengkafankan diri sendiri sama seperti kes melibatkannya pada 2020.

Iklan
Iklan

Menerusi platform X, R menceritakan bagaimana dia menerima kiriman mesej daripada Gilang Bungkus pada 11 Mac lalu.

Menurutnya, Gilang Bungkus menggunakan akaun @penuliskelam untuk menyasarkan golongan penulis cerpen.

Iklan

R yang sudah mengetahui tentang kes Gilang Bungkus segera menyedari potensi bahaya jika dia terus melayan idea mengarut lelaki tersebut.

Gilang Bungkus yang tidak berpuas hati kerana gagal memanipulasi R turut bertindak mengugut individu berkenaan dan seorang mangsa mengaku dia diancam secara berterusan oleh Gilang Bungkus supaya tidak membuka mulut tentang amalan mengkafankan diri yang dibincangkan oleh mereka.

Iklan

Sebelum ini, Gilang Bungkus pernah ditahan pihak berkuasa kerana membungkus mangsanya seperti pocong kerana obsesi peliknya.

Dia kemudiannya dihukum penjara lima tahun dan enam bulan di Rutan Medaeng, Surabaya.

Setelah bebas, Gilang Bungkus masih tidak serik dan masih melakukan aksi dengan pola yang hampir sama. - Agensi