NEWCASTLE United mengakhiri kemarau menjulang trofi domestik apabila menewaskan penyandang juara, Liverpool, 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley pada Isnin.
Kemenangan bersejarah ini menamatkan penantian selama 70 tahun kelab dari timur laut England itu menyaksikan lautan hitam putih The Toon Army meraikan kejayaan The Magpies bimbingan Eddie Howe.
Dan Burn menyalakan kemeriahan penyokong Toon Army apabila meletakkan Newcastle di depan hasil tandukan daripada sepakan sudut Kieran Trippier pada minit ke-45 penghujung separuh masa pertama.
Gol Burn ternyata menjadikan anak buah Howe lebih garang separuh masa kedua selepas penguasaan Newcastle pada separuh masa pertama.
Momentum Magpies diteruskan pada separuh masa kedua apabila penjaring gol berbisa, Isak melebarkan jaringan pada minit ke-52 untuk jaringan kedua Newcastle.
Liverpool kendalian Arne Slot yang tidak mengalah kemudian berjaya merapatkan jurang minit ke-94 melalui Federico Chiesa, tetapi ia terlalu lewat untuk mengubah keputusan perlawanan.
Kemenangan ini amat bermakna bagi Newcastle, terutamanya selepas kekalahan kepada Manchester United dalam final Piala Liga dua tahun lalu.
Liverpool, yang baru sahaja tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, kelihatan kurang bertenaga sepanjang perlawanan.
Malah, penyerang utama Reds, Mohamed Salah, gagal mencipta sebarang peluang atau melakukan percubaan ke arah gol Newcastle yang dikawal, Nick Pope.
Sementara itu, kapten Newcastle, Bruno Guimaraes, mendedikasikan kemenangan ini kepada penyokong setia Magpies.
"Kami telah mencipta sejarah. Kejuaraan ini untuk semua penyokong kami yang telah menunggu begitu lama," kata Guimaraes.
Senarai Pemenang Piala Liga
1961: Aston Villa
1962: Norwich City
1963: Birmingham City
1964: Leicester City
1965: Chelsea
1966: West Bromwich Albion
1967: Queens Park Rangers
1968: Leeds United
1969: Swindon Town
1970: Manchester City
1971: Tottenham Hotspur
1972: Stoke City
1973: Tottenham Hotspur
1974: Wolverhampton Wanderers
1975: Aston Villa
1976: Manchester City
1977: Aston Villa
1978: Nottingham Forest
1979: Nottingham Forest
1980: Wolverhampton Wanderers
1981: Liverpool
1982: Liverpool
1983: Liverpool
1984: Liverpool
1985: Norwich City
1986: Oxford United
1987: Arsenal
1988: Luton Town
1989: Nottingham Forest
1990: Nottingham Forest
1991: Sheffield Wednesday
1992: Manchester United
1993: Arsenal
1994: Aston Villa
1995: Liverpool
1996: Aston Villa
1997: Leicester City
1998: Chelsea
1999: Tottenham Hotspur
2000: Leicester City
2001: Liverpool
2002: Blackburn Rovers
2003: Liverpool
2004: Middlesbrough
2005: Chelsea
2006: Manchester United
2007: Chelsea
2008: Tottenham Hotspur
2009: Manchester United
2010: Manchester United
2011: Birmingham City
2012: Liverpool
2013: Swansea City
2014: Manchester City
2015: Chelsea
2016: Manchester City
2017: Manchester United
2018: Manchester City
2019: Manchester City
2020: Manchester City
2021: Manchester City
2022: Liverpool
2023: Manchester United
2024: Liverpool
2025: Newcastle United