JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan saingan liga domestik apabila menewaskan Penang FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.
Tiga mata diraih Harimau Selatan bimbingan Héctor Bidoglio ke atas Harimau Kumbang kendalian Wan Rohaimi Ismail membolehkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu mengumpul 61 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.
Iklan
Iklan
Kemenangan di laman lawan itu juga motivasi buat Harimau Selatan sebagai persiapan anak buah Bidoglio menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 12 April depan.
JDT kini beralih tumpuan semula ke baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas dihentikan Buriram United dalam pusingan 16.
Pemain dari Azerbaijan, Eddy Israfilov meletakkan Harimau Selatan memimpin permainan separuh masa pertama dengan dua gol minit ke-20 dan 27.
Heberty Fernandes kemudian menjadikan kedudukan 3-0 apabila menambah satu lagi gol minit ke-53 pada separuh masa kedua untuk kemenangan ke-20 musim ini buat kelab dari selatan tanah air itu.
Artikel Berkaitan