Puting beliung hentam Amerika, 37 maut

Iklan
Puting beliung yang melanda Amerika Tengah mengakibatkan kemusnahan teruk.

HOUSTAN - Sekurang-kurangnya 37 orang maut dalam kejadian puting beliung dan ribut ganas yang melanda lapan negeri di tengah Amerika Syarikat (AS).

New York Post melaporkan, jumlah kematian terus meningkat apabila cuaca ekstrem melanda menyebabkan ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik, selain ribut dijangka berlaku di sebahagian Pantai Timur AS pada Ahad.

Iklan
Iklan

Ribut dinamik berisiko tinggi yang berlaku sejak Jumaat lalu mencetuskan sekurang-kurangnya 40 puting beliung di lapan negeri termasuk Alabama, Missouri, Arkansas, Mississippi, Illinois, Louisiana, Indiana dan Tennessee.

Sementara itu Sherif Dallas County, Michael L Granthum berkatax sekurang-kurangnya tiga orang termasuk seorang wanita berusia 82 tahun terbunuh apabila beberapa puting beliung membadai negeri itu.

Iklan

"12 kematian dilaporkan di Missouri iaitu jumlah tertinggi dalam negeri yang dilanda ribut akibat puting beliung, ribut petir dan hujan batu yang memusnahkan puluhan komuniti.

"Lima mayat ditemui berselerakan di celah runtuhan ketika pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan jiran mereka yang terperangkap," katanya.

Iklan

Sementara itu Koroner Butler County, Jim Akers menggambarkan rumah seorang lelaki yang terbunuh sebagai 'tidak dapat dikenali lagi' dan hanya tinggal serpihan.

"Lantainya terbalik. Kami berjalan di atas dinding,” katanya - AGENSI