MARC Marquez meneruskan rentak kemenangan berturut-turutnya dalam permulaan musim MotoGP 2025 apabila merangkul tempat pertama dalam Grand Prix (GP) Argentina di Litar Termas de Rio Hondo.
Juara dunia enam kali itu menamatkan perlumbaan di hadapan adiknya, Alex, untuk perlumbaan kedua berturut-turut, setelah memenangi perlumbaan pecut pada awal hujung minggu tersebut.
Pelumba Sepanyol, Marc, telah meraih petak pertama (pole position) ke-96 di Termas de Rio Hondo, tetapi ketinggalan di belakang adiknya sepanjang sebahagian besar perlumbaan sebelum bangkit semula untuk meraih kemenangan ke-90 dalam kariernya.
Kemenangan itu juga meletakkannya di tempat ketiga untuk kemenangan sepanjang zaman, bersama-sama juara dunia 13 kali, Angel Nieto, dan hanya Giacomo Agostini dan Valentino Rossi di hadapannya.
Memulakan kehidupan yang sempurna dengan pasukan baharunya, Ducati, Marquez yang berusia 32 tahun itu menamatkan perlumbaan 1.362 saat di hadapan Alex, manakala pelumba Itali, Franco Morbidelli, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Marc mendahului kedudukan pelumba dengan 74 mata, permulaan yang kukuh dalam usahanya untuk meraih gelaran juara dunia pertamanya sejak 2019 dan menyamai tujuh gelaran juara dunia pelumba Itali, Rossi.
Perlumbaan musim ini diteruskan dengan GP Americas di Litar Americas, Austin pada Ahad, 30 Mac.
INFO
MOTOGP ARGENTINA
Keputusan
1. Marc Marquez, Ducati Lenovo
2. Alex Marquez, BK8 Gresini Ducati
3. Franco Morbidelli,Pertamina VR46 Ducati
4. Francesco Bagnaia, Ducati Lenovo
5. Fabio Di Giannantonio, Pertamina VR46 Ducati
6.Johann Zarco, Castrol Honda LCR
7. Brad Binder, Red Bull KTM
8. Pedro Acosta, Red Bull KTM
9. Joan Mir, Honda HRC Castrol
10. Luca Marini, Honda HRC Castrol
* Keputusan 10 teratas perlumbaan MotoGP Argentina