Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'

Iklan
Mikrofon yang dipegang seorang wartawan wanita dilihat terkena pada muka Trump semasa sesi temu bual di Joint Base Andrews.

ANNAPOLIS - Seorang wartawan wanita menerima jelingan 'tajam' Donald Trump selepas mikrofon yang dipegangnya terkena wajah Presiden Amerika Syarikat itu ketika sesi sidang akhbar di Maryland.

Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Iklan
Iklan

Rakaman itu memaparkan Trump ditemu bual oleh beberapa wartawan mengenai tebusan Hamas di Semenanjung Gaza.

Beberapa saat kemudian, sebuah mikrofon berbulu mengenai mulut Trump sebelum ditarik semula untuk mengelakkan sentuhan berikutnya.

Iklan

Trump kemudian menjeling ke arah wartawan tersebut dan mengangkat kedua-dua keningnya.

"Dia (wartawan) akan menjadi berita besar malam ini. Adakah anda nampak?” tanya Trump kepada wartawan lain sambil tersenyum sinis.

Iklan

Beliau kemudiannya menjawab beberapa lagi soalan sebelum menaiki pesawat Air Force One. – Agensi