Azmin, Zuraida sertai pertemuan bersama Tun M

Iklan
Zuraida, Azmin

KUALA LUMPUR - Empat daripada 11 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu serta Pakatan Harapan (PH) dipercayai turut hadir menyertai pertemuan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 26 ahli Parlimennya di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Empat pemimpin itu adalah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Iklan
Iklan

Kesemua bekas pemimpin PKR itu tiba secara berasingan menaiki kenderaan masing-masing bermula jam 10 pagi.

Bagaimanapun, kelibat baki tujuh lagi bekas ahli Parlimen PKR lain yang keluar parti dan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen tidak kelihatan.

Iklan
Iklan