Kebebasan badan kehakiman tidak boleh hanya sekadar slogan - Pas

Iklan
Anwar dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman dan menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pelantikan dalam badan tersebut dilakukan oleh individu yang mempunyai kewibawaan. Anwar dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman dan menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pelantikan dalam badan tersebut dilakukan oleh individu yang mempunyai kewibawaan.
Anwar dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman dan menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pelantikan dalam badan tersebut dilakukan oleh individu yang mempunyai kewibawaan.

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mewujudkan mekanisme bebas bagi memantau pelantikan dan perjalanan sistem kehakiman negara agar tidak berada di bawah pengaruh politik sebagai bukti tidak berlaku campur tangan dalam badan berkenaan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dituntut supaya membuat kajian semula terhadap keputusan-keputusan kontroversi yang mencetuskan kebimbangan tentang keadilan dan ketelusan dalam sistem perundangan negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenyataan Anwar yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman ketika berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Ahad, sekali lagi menimbulkan pertikaian.

"Ini kerana, sejak awal pentadbiran kerajaan ini, beberapa tindakan telah menimbulkan kebimbangan bahawa badan kehakiman tidak diberikan kebebasan penuh antaranya penyelewengan seperti proses pelantikan hakim yang dikritik kerana tidak mematuhi prinsip ketelusan dan meritokrasi," kata beliau dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Selain itu, beliau juga menegaskan kebimbangan mengenai penangguhan atau pengguguran kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik yang bersekutu dengan kerajaan.

"Jelas kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak campur tangan dalam urusan kehakiman hanyalah retorik kosong yang tidak selari dengan tindakan sebenar," katanya.

Iklan

Ahmad Fadhli berkata, rakyat berhak mengetahui bahawa kebebasan badan kehakiman tidak boleh hanya sekadar slogan, sebaliknya ia perlu dibuktikan dengan tindakan yang menghormati doktrin pemisahan kuasa seperti yang termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kongres itu, Anwar dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman dan menegaskan bahawa ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pelantikan dalam badan tersebut dilakukan oleh individu yang mempunyai kewibawaan.

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pas Mas berkata, sebarang bentuk campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman bukan sahaja melanggar prinsip demokrasi, malah boleh membawa kepada krisis keyakinan terhadap sistem keadilan negara.