Ibu tunggal cekal besarkan anak dengan jualan kuih

Iklan
Shoo Chin dan Mustapa menyampaikan sumbangan kepada Sarina di rumahnya. Shoo Chin dan Mustapa menyampaikan sumbangan kepada Sarina di rumahnya.
Shoo Chin dan Mustapa menyampaikan sumbangan kepada Sarina di rumahnya.

MELAKA - Seorang ibu tunggal dari Balai Panjang di sini, cekal membesarkan dua anaknya dengan mengambil upah membuat kuih-muih selepas pemergian suami sejak dua tahun lalu.

Sarina Yusop, 45, berkata biarpun bukan mudah lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos sara diri, namun bersyukur masih diberikan kesihatan baik untuk menambah wang sampingan menerusi jualan kuih-muih dihantar kepada vendor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menumpang ihsan keluarga mertua membenarkan mereka tiga beranak tinggal di rumah keluarga arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Katanya, sebelum ini pernah mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun diberhentikan dan hanya bergantung kepada wang pencen penakat arwah suami kira-kira RM1,200 sebulan.

Iklan

"Kalau ikutkan memang tak cukup sebab dua anak masih belajar, seorang di tingkatan dua dan seorang berusia 18 tahun belajar di institut kemahiran.

"Ini pun nasib baik ada bermurah hati belikan pakaian raya untuk anak-anak, secara tidak langsung meringankan beban kami sekeluarga," katanya.

Iklan

Sarina (dua dari kiri) ketika menerima kunjungan Shoo Chin di rumahnya di Lorong Balai Panjang pada Isnin.

Sarina berkata demikian ketika program ziarah kasih diketuai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin di Balai Panjang di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka, Mustapa Kamal Mohd Nor.

Tambahnya, setiap kali Ramadan pasti teringat kenangan berbuka puasa bersama arwah suami yang lebih gemar menjamu juadah di rumah bersama anak-anak.

"Arwah pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah lebih suka makan bersama-sama di rumah berbanding di luar.

"Memang terasa bila arwah tiada, dari empat kini hanya tinggal kami tiga beranak. Apa pun saya perlu kuat demi anak-anak," katanya.

Sementara itu, Shoo Chin berkata, program ini selaras dengan prinsip koperasi yang mengambil berat terhadap masyarakat terutama golongan asnaf dalam suasana menyambut lebaran tidak lama lagi.

Menurutnya, lebih menarik barang asas dan keperluan diberikan kepada setiap penerima merupakan barangan atau produk dikeluarkan koperasi sekitar negeri ini.

"Pada tahun ini, mereka memilih 10 keluarga penerima membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang dan Pantai Kundor dan harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.