Dewan Rakyat bukan forum pilih Perdana Menteri

Iklan
Mohamad

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Dewan Rakyat bukanlah forum untuk melantik Perdana Menteri seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, penyelesaian kepada kemelut politik ini mestilah selari dengan keluhuran perlembagaan negara.

Iklan
Iklan

"Telah tiba masanya kita menyerahkan kepada kearifan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan sebagai memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia.

"Semua pihak harus menghormati kearifan Yang di-Pertuan Agong dan tidak mendahului Seri Paduka dalam apa jua keadaan pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Semalam, Dr Mahathir berkata, satu persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan Isnin ini bagi menentukan calon Perdana Menteri selepas pertemuan semua ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong gagal menemui calon yang mempunyai majoriti mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Iklan

Tiada keperluan bertemu Dr Mahathir: Anwar

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja diharap rungkai kemelut politik negara

Pas tuntut bubar Parlimen, adakan PRU15

'Dr Mahathir pentingkan politik peribadi, bukannya rakyat'

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, sekiranya dalam persidangan khas Dewan Rakyat itu tiada mana-mana calon yang memperoleh sokongan majoriti, maka ia perlu ditentukan melalui proses pilihan raya.

Abdul Hadi (kanan) menjawab soalan media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Dalam perkembangan terkini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, Pas bertegas mahu Parlimen dibubarkan dan kuasa memilih kerajaan diserahkan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya umum sebagai jalan penyelesaian kemelut politik negara.

Abdul Hadi berkata, parti itu juga tidak lagi menyokong Dr Mahathir kerana Perdana Menteri Interim itu sudah hilang sokongan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran kabur sama ada akan mempertimbangkan semula atau tidak kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Dr Mahathir menerima semula jawatan sebagai Pengerusi parti itu hari ini.

Anwar mempengerusikan Mesyuarat PH di Hotel Eastin di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, perkara itu tidak berbangkit di dalam mesyuarat, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku.

"Kami (PH) berubah dari sehari ke sehari. Malah, tidak timbul soal keperluan untuk bertemu Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu," katanya.