SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendedahkan kegiatan ‘runner’ yang meraih keuntungan dengan menjual slot tempahan pemeriksaan kenderaan kepada pihak ketiga.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, siasatan awal mendapati C
"Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Kita sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di Puspakom Alam Megah di sini, pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata, pihaknya sedang mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kegiatan itu.
"Kita cuba mengesan ‘runner’ yang terlibat, namun setakat ini semua saluran komunikasi gagal dihubungi. Kita akan menggunakan kaedah lain untuk mengesan mereka,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, Puspakom selepas ini tidak akan membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran yang sama.
Langkah itu diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah yang didapati menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain untuk keuntungan berlebihan.