Polis buru dua tahanan larikan diri di Mahkamah Kuching

Iklan
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444. Gambar hiasan Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444. Gambar hiasan
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444. Gambar hiasan

KUCHING - Polis sedang memburu dua lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah di Mahkamah Kuching di sini kira-kira jam 11.30 pagi, 7 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee berkata, kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Hissyalezwan Abd Zamri, 27, dari Kampung Hilir, Serian manakala Muhammad Nasrie Razali, 25, dari Kampung Baru, Kota Samarahan, dekat sini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kedua-dua tahanan terbabit masih dalam tempoh perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan samun berkumpulan tanpa senjata api.

"Mana-mana individu yang melindungi atau membantu kedua-dua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 225(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chris Olsen Anak Ramlee di talian 013-8607572. - Bernama