Gantung visa umrah tindakan tepat, selari hadis Rasulullah: Mufti

Iklan
Kenyataan Twitter Zulkifli yang memuji tindakan Kerajaan Arab Saudi untuk menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan Covid-19.

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri memuji tindakan kerajaan Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan Covid-19.

Menurut beliau, langkah itu tepat dengan hadis Nabi Muhammah SAW yang dibacakan oleh Abd al-Rahman Auf R.A kepada Saidina Umar R A berkenaan wabak.

Iklan
Iklan

"Isu penggantungan sementara visa umrah oleh kerajaan Arab Saudi akibat Covid-19 adalah selari dengan hadis yang dibacakan oleh Abd al-Rahman bin Auf R.A kepada Saidina Umar R.A berkenaan wabak. Tahniah kepada kerajaan Arab Saudi atas tindakan yang tepat.

"InsyaAllah semoga para jemaah umrah akan dapat kembali ke Mekah dan Madinah dengan selamat. Semoga Allah SWT hindarkan kita semua dan selamatkan daripada wabak ini. Amin,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Iklan

Semalam, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luar negara itu mengambil keputusan menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan Covid-19.

Menurut kementerian itu, langkah berkenaan bagi memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan penduduk dan individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau melancong.

ARTIKEL BERKAITAN Covid-19: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh umrah

Sah Malaysia antara 25 negara digantung visa umrah

Iklan