Hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan, timur Semenanjung hingga 23 Mac

Iklan
Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga tarikh berkenaan yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 18 hingga 20 Mac, serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18 hingga 21 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Iklan

Iklan