Alasan suka-suka simpan bahan lucah kanak-kanak, lelaki ditahan polis

Iklan
 Seorang peniaga mi kolok di Batu Kawa, Kuching, Sarawak, ditahan pada Ahad kerana menyimpan bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon bimbitnya. Foto hiasan  Seorang peniaga mi kolok di Batu Kawa, Kuching, Sarawak, ditahan pada Ahad kerana menyimpan bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon bimbitnya. Foto hiasan
 Seorang peniaga mi kolok di Batu Kawa, Kuching, Sarawak, ditahan pada Ahad kerana menyimpan bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon bimbitnya. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mi kolok di Batu Kawa, Kuching, Sarawak, ditahan pada Ahad kerana menyimpan bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon bimbitnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditahan hasil maklumat yang diperoleh daripada pasukan D11 bersama agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menemukan beberapa bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam simpanan telefon bimbit suspek.

"Suspek memberi alasan bahawa dia menyimpan bahan lucah kanak-kanak (child sexual abuse material, CSAM) sekadar untuk suka-suka atau keseronokan sendiri.

Iklan

"Setakat ini, pihak polis masih belum mengesan mana-mana kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual fizikal suspek,” katanya pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan bahawa bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa yang ditemukan dalam telefon bimbit suspek tidak menunjukkan ia melibatkan kanak-kanak warga tempatan.

Iklan

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.