Jersi Safee semasa julang Piala AFC 2015 terjual RM2,888

Iklan
Jersi JDT dan Selangor yang dijual oleh Safee. Foto Facebook Safee Sali

BEKAS pemain bola sepak negara, Safee Sali, telah melelong jersi yang dipakainya ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah menjuarai Piala AFC pada 2015.

Safee beraksi dalam perlawanan akhir tersebut yang menyaksikan kemenangan 1-0 JDT ke atas pasukan dari Tajikistan, Istiklol FC.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran di laman Facebook peribadinya, Safee menjual jersi tersebut dengan harga RM2,888 kepada pembeli bertuah.

"Setiap jersi yang saya simpan membawa kenangan indah dan momen yang tak terlupakan. Tawaran tertinggi akan mendapat peluang untuk memiliki jersi sentimental ini.

Iklan

"Saatnya untuk melepaskan yang lama dan memberi ruang untuk pengalaman baharu. Terima kasih, wahai kenangan terindah dan atas segala yang telah kau ajarkan," tulisnya dalam hantaran di laman Facebook.

Selain jersi JDT itu, Safee turut menjual jersi yang dipakainya ketika mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, serta kasut bola yang digunakannya pada perlawanan akhir Piala AFF.

Iklan

Malah, beliau turut menjual koleksi jersi penuh kenangan yang dipakainya semasa zaman kegemilangan bersama Selangor pada tahun 2009.