'Cegah kemungkaran bagus, tetapi siasat dahulu'

Iklan
Lelaki warga emas bertindak menampar seorang individu yang sedang makan di sebuah pusat beli belah terkemuka di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU -"Nasihat saya kepada semua pihak, nak cegah kemungkaran bagus, tetapi kena siasat dahulu."

Demikian reaksi Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared SlMohd Khalid mengenai insiden seorang warga emas menampar individu yang sedang makan di sebuah pusat beli belah terkemuka di sini baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan warga emas itu merupakan satu kesalahan dan individu yang ditampar itu bukan beragama Islam.

"Islam suruh kita bertabayun ya. Jangan kita salah hukum orang dan kita tak berhak menghukum.

Iklan

"Laporkan biar kami yang turun siasat dan buat tangkapan jika perlu ataupun menghantarkan notis barulah tindakan undang-undang akan disusun.

"Jangan gunakan tindakan peribadi kerana ia bukan sahaja menyalahi syarak tetapi turut menyalahi undang-undang ketika ini. Saya harap tidak berlaku lagi di Johor," katanya pada Isnin.

Iklan

Klip video memaparkan lelaki warga emas menampar individu yang sedang makan, tular di media sosial.

Terdahulu klip video berdurasi 40 dan 44 saat berhubung insiden tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok menjadi tular.

Klip video berkenaan memaparkan seorang lelaki menyatakan sesuatu kepada seorang individu, sebelum menamparnya dan tindakan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga net.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung insiden tersebut.

"Pihak kami tidak ada (terima laporan) tetapi saya percaya ia bersifat persendirian.

"Tetapi, apa pun yang tuan punya badan (individu yang ditampar) utarakan dengan laporan polis nanti, itu merupakan hak beliau untuk kemukakan," katanya.