Pelajar IPT parah ditikam rakan lelaki di kampus

Iklan
Lokasi dikatakan berlaku kejadian di mana seorang pelajar perempuan ditikam di sebuah IPT.

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan akibat tikaman.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kedua-dua mereka, masing-masing berusia 19 tahun, merupakan pelajar asasi di IPT berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan sedang berjalan menuju ke perpustakaan sebelum dihampiri suspek, yang dikatakan merupakan bekas teman lelakinya.

Iklan

Suspek kemudian bertindak menikam belakang badan mangsa sehingga mangsa rebah.

Semasa bergelut dengan mangsa, suspek dipercayai mengalami kecederaan pada tangan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, mengesahkan bahawa suspek telah ditahan.

"Susulan laporan kejadian yang dibuat oleh pihak keselamatan universiti pagi tadi, kita berjaya menahan suspek ketika dia mendapatkan rawatan di klinik kampus berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan berada dalam keadaan sedar serta stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.