Sapura Energy: Belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

Iklan
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh SPRM berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.

SEB berkata ia tetap komited untuk bekerjasama dengan SPRM dan akan memberikan maklumat yang diperlukan.

Iklan
Iklan

"Sebagai entiti yang bertanggungjawab dan tersenarai awam, kami mengamalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat, ketelusan dan integriti dalam semua operasi kami," katanya.

"Kami memahami bertapa pentingnya untuk memaklumkan kepada pihak berkepentingan dan akan memberikan kemas kini yang diperlukan apabila terdapat perkembangan yang signifikan," katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Iklan

Kenyataan ini dibuat susulan laporan berita bahawa SPRM telah membuka dua siasatan ke dalam dakwaan salah laku yang melibatkan SEB. - Bernama

Iklan