15 'lokasi maut' di Kelantan - JPJ

Iklan
Mohd Misuari (tengah) semasa sidang akhbar ketika ditemui pada sesi libat urus Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 JPJ Kelantan di Stesen Penguat kuasa Bukit Jawa, Pasir Puteh pada Isnin.

PASIR PUTEH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengenal pasti lebih 15 lokasi panas yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan maut di negeri ini, terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kawasan berisiko itu terletak di pintu masuk utama negeri, termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Pasir Puteh, dan Machang.

Iklan
Iklan

"Ia dikenali pasti berdasarkan kes kemalangan yang dicatatkan sebelum ini.

"Kami berharap perantau dapat merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan trafik serta risiko di lokasi terbabit," katanya pada sidang akhbar sesi libat urus Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa di sini, pada Isnin.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi.

Menurut Mohd Misuari, selain memastikan kenderaan dalam keadaan selamat, pemandu juga dinasihatkan mendapatkan rehat mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh.

Iklan

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan orang lain.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa JPJ Kelantan menganggarkan sekitar dua juta kenderaan akan memasuki negeri ini sempena Aidilfitri melalui tiga laluan utama, iaitu Pasir Puteh, Gua Musang, dan Jeli.

JPJ juga meramalkan aliran trafik mulai sesak bermula 28 Mac ini, berdasarkan statistik pergerakan kenderaan pada musim perayaan tahun-tahun sebelumnya.