Operasi penyamaran musim perayaan diteruskan - JPJ

Iklan
Jazmanie (kanan) bersama Mohd Misuari menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa sesi libat urus Operasi Khas HRA 2025 JPJ Kelantan di Stesen Penguat kuasa Bukit Jawa, di Pasir Puteh pada Isnin. - FOTO: SINAR HARIAN

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dalam memantau gaya pemanduan pemandu bas ekspres.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi), Datuk Jazmanie Shafawi berkata, operasi itu akan dilakukan bermula 24 Mac hingga 8 April ini.

Iklan
Iklan

"Penyamaran itu turut melibatkan pemeriksaan di depo dan terminal bas.

"Ia bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang oleh pengendali perkhidmatan berada pada tahap terbaik," katanya dalam sidang akhbar semasa sesi libat urus Operasi Khas HRA 2025 JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa di sini pada Isnin.

Iklan

Hadir sama ialah Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah.

Menurut beliau, penyamaran yang dilakukan sebelum ini terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar pelanggaran kesalahan melibatkan pengangkutan awam.

Iklan

Pada masa sama, beliau berkata, pemeriksaan secara mengejut ke atas pemandu bas ekspres akan turut dijalankan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan penyalahgunaan bahan terlarang.

Tambahnya, JPJ juga akan membuat semakan rekod untuk memastikan pemandu bebas daripada kesalahan lalu lintas.

"Apa yang kita lakukan ini supaya pengendali perkhidmatan tahu kehadiran JPJ dalam menguatkuasakan peraturan," katanya.