Ahli arkeologi temukan makam diraja berusia lebih 3,500 tahun di Mesir

Iklan
Pasukan arkeologi Mesir-Amerika menemukan makam diraja berusia 3,500 tahun di Abydos dan sebuah bengkel tembikar zaman Rom di selatan Mesir. Foto Agensi Pasukan arkeologi Mesir-Amerika menemukan makam diraja berusia 3,500 tahun di Abydos dan sebuah bengkel tembikar zaman Rom di selatan Mesir. Foto Agensi
Pasukan arkeologi Mesir-Amerika menemukan makam diraja berusia 3,500 tahun di Abydos dan sebuah bengkel tembikar zaman Rom di selatan Mesir. Foto Agensi

ISTANBUL - Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Ahad mengumumkan penemuan sebuah makam diraja bersejarah yang berusia sekitar 3,500 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan, kementerian itu memaklumkan pasukan arkeologi bersama Mesir-Amerika dari Universiti Pennsylvania telah menemukan makam diraja di nekropolis Jebel Anubis di Abydos, selatan Mesir.

Iklan
Iklan

Kementerian itu berkata pasukan arkeologi turut menemukan sebuah bengkel tembikar dari zaman Rom di kampung berhampiran Banaweet di selatan Mesir.

Penemuan makam diraja di Abydos memberikan bukti saintifik baharu mengenai perkembangan pengebumian diraja di nekropolis Jebel Anubis, dengan makam-makam itu dipercayai bertarikh antara 1700 hingga 1600 SM.

Iklan
Iklan

Sementara itu, bengkel tembikar di Banaweet dikenal pasti sebagai antara pusat pengeluaran terbesar yang membekalkan tembikar dan kaca kepada kawasan berkenaan pada zaman dahulu. - Bernama