Pendaki Gunung Fuji perlu bayar 4,000 Yen mulai Julai

Iklan

SHIZUOKA - Pendaki yang menggunakan empat laluan di Gunung Fuji akan dikenakan bayaran sebanyak 4,000 yen (AS$27) mulai musim panas ini selepas rancangan oleh kerajaan Wilayah Shizuoka diluluskan oleh dewan undangan tempatan pada Isnin, lapor Agensi Berita Kyodo.

Langkah oleh Wilayah Shizuoka itu dibuat susulan keputusan Wilayah Yamanashi, yang menguruskan laluan paling popular, untuk menggandakan bayaran kepada 4,000 yen bagi pendaki gunung setinggi 3,776 meter itu mulai musim panas ini, berikutan kebimbangan mengenai kesesakan dan kesannya terhadap alam sekitar.

Iklan
Iklan

Dewan undangan Wilayah Shizuoka turut meluluskan ordinan bagi menyekat akses ke tiga laluannya dari jam 2 petang hingga 3 pagi bagi mengelakkan aktiviti"pendakian peluru" semalaman atau cubaan mendaki puncak gunung tertinggi Jepun itu tanpa berehat.

Menurut Kyodo News, ordinan itu akan berkuat kuasa pada 9 Mei, sebelum musim pendakian bermula pada Julai.

Iklan

Shizuoka menguruskan denai Fujinomiya, Gotemba dan Subashiri, manakala Yamanashi menguruskan denai Yoshida.

Akses ke denai selepas 2 petang hanya dibenarkan bagi pendaki yang telah membuat tempahan penginapan di pondok gunung. Kakitangan akan ditempatkan di stesen kelima laluan bagi mengesahkan pembayaran telah dibuat.

Iklan

Hasil daripada yuran pendakian akan digunakan untuk menampung kos kakitangan dan langkah keselamatan. Wilayah itu juga akan menghentikan kutipan derma 1,000 yen yang sebelum ini digunakan untuk penyelenggaraan gunung. - Bernama