Kes Rasuah Kewarganegaraan: SPRM reman tiga individu hingga Khamis

Iklan
Suspek terlibat dalam sindiket merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepatkan proses permohonan mendapatkan taraf warganegara Malaysia oleh pemohon warga asing ditahan dan dibawa ke mahkamah oleh SPRM.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua pemilik syarikat dan seorang kerani kerana disyaki terbabit sindiket yang bertindak merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan.

Sumber berkata, suapan itu sebagai balasan mempercepatkan proses permohonan mendapatkan taraf warganegara Malaysia oleh pemohon warga asing.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek ditahan antara jam 1 pagi hingga 1.30 petang pada Ahad di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

"Tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek menerusi Op Fastlane ini adalah susulan Op Outlander yang dijalankan pada 11 Mac lalu melibatkan sindiket yang merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan taraf kewarganegaraan.

Iklan

"Mereka dipercayai membayar rasuah antara RM5,000 hingga mencecah RM150,000 bagi satu permohonan," katanya pada Isnin.

Sinar Harian difahamkan, perintah reman selama lima hari sehingga Khamis dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Qasiratul Jannah Usmani Othman terhadap kerani lelaki berusia lingkungan 20-an, selepas permohonan dibuat SPRM pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, kedua-dua suspek lelaki berjawatan pengarah syarikat berusia lingkungan 30-an direman selama empat hari sehingga Khamis, selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM pada Isnin.