Kereta peniaga kuih raya terbakar, pengasas Misi hadiahkan kenderaan baharu

Iklan
Tangkap layar hantaran dimuat naik Pengasas Misi di Facebook pada Isnin. Tangkap layar hantaran dimuat naik Pengasas Misi di Facebook pada Isnin.
Tangkap layar hantaran dimuat naik Pengasas Misi di Facebook pada Isnin.

SHAH ALAM – Kisah kereta milik peniaga kuih raya, Norhamidi Noor, 57, yang hangus terbakar dan mendapat perhatian warganet baru-baru ini telah mendorong Pengasas Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, untuk menghadiahkan beliau sebuah kenderaan baharu.

Nur Ahmad Faiz berkata, pihaknya tiba di Segamat, Johor seawal jam 5.30 pagi semata-mata mahu bertemu dan berbual dengan Norhamidi mengenai insiden tersebut sebelum membawanya ke premis kenderaan terpakai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wang yang digunakan untuk membeli kereta itu merupakan hasil perniagaan Misi sendiri tanpa sumbangan atau sedekah daripada orang awam, meskipun ramai yang menawarkan bantuan.

"Kasihan Pak Cik Norhamidi, ketika waktu berbuka (Sabtu) keretanya terbakar, jadi saya bawa ke kedai kereta. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melakukan semua kebaikan ini dengan hasil perniagaan Misi sendiri tanpa perlu membuka sumbangan.

Iklan

"Walaupun ramai yang meminta agar saya membuka tabung untuk mereka bersedekah bersama-sama, saya lebih gembira jika anda menyokong aplikasi penghantaran makanan, Misi.

"Peniaga tempatan mendapat keuntungan 100 peratus, penghantar di seluruh negara dapat bekerja, dan keuntungannya dikembalikan kepada masyarakat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok mengenai kejadian kebakaran yang mengakibatkan kenderaan Norhamidi musnah dalam sekelip mata di simpang masuk Kampung Jayor, Pagoh.

Norhamidi berkata, insiden itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas mengambil stok kuih raya daripada pembekal di Parit Sulong, sebelum keretanya tiba-tiba mengeluarkan asap tebal.

Menurutnya, dia hanya sempat menyelamatkan barang jualan, beberapa dokumen penting, telefon bimbit dan ubat-ubatan.

Dalam video berdurasi dua minit 26 saat yang dimuat naik di Facebook Founder Misi, Norhamidi dilihat memilih sebuah kereta jenis sama dengan miliknya sebelum ini, seolah-olah mengubati kerinduannya terhadap kenderaan lamanya.

Meninjau ruangan komen, majoriti warganet menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan Misi kerana membantu membelikan Norhamidi sebuah kereta baharu pada harga RM14,890 serta memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik.stikan kenderaan terbabit dalam keadaan baik.