CEO Telegram, Durov kembali ke Dubai ketika siasatan Perancis diteruskan

Iklan
Pavel Durov pada Isnin mengumumkan telah kembali ke Dubai ketika pihak berkuasa Perancis masih menyiasatnya atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah di platform itu - Foto: Reuters Pavel Durov pada Isnin mengumumkan telah kembali ke Dubai ketika pihak berkuasa Perancis masih menyiasatnya atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah di platform itu - Foto: Reuters
Pavel Durov pada Isnin mengumumkan telah kembali ke Dubai ketika pihak berkuasa Perancis masih menyiasatnya atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah di platform itu - Foto: Reuters

ISTANBUL - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov pada Isnin mengumumkan bahawa beliau telah kembali ke Dubai ketika pihak berkuasa Perancis masih menyiasatnya atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah di platform itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Seperti yang anda mungkin dengar, saya telah kembali ke Dubai selepas menghabiskan beberapa bulan di Perancis kerana siasatan berkaitan aktiviti jenayah di Telegram. Proses ini masih berjalan, tetapi sungguh baik rasanya dapat kembali ke rumah,” kata Durov di akaun Telegramnya

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, pengasas Telegram berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada hakim yang membenarkan kepulangannya.

Durov, yang dilahirkan di Rusia dan merupakan warganegara Perancis serta Emiriah Arab Bersatu, ditahan pada Ogos 2024 selepas jet peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Le Bourget dekat Paris.

Iklan

Beliau kemudiannya didakwa atas tuduhan"bersubahat" dalam penyebaran imej penderaan kanak-kanak serta pengedaran dadah, namun dibebaskan dengan jaminan €5 juta (kira-kira AS$5.4 juta) di bawah pengawasan kehakiman.

Rusia menyifatkan penahanan Durov sebagai"bermotifkan politik,” sekali gus menambah kontroversi mengenai kes itu. - Bernama

Iklan