SHAH ALAM- Sistem pengurusan jalan raya pintar yang dibangunkan oleh Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menarik perhatian Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), mencetuskan harapan baharu dalam usaha mentransformasi penyelenggaraan infrastruktur jalan raya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Fariz Ghazali berkata, integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui sistem Road Network Defect Assessment (RONDA) dan Intelligent Road Assessment Application (IRAA) telah membuka dimensi baharu dalam pengurusan infrastruktur jalan raya.
"Sistem yang sedang dibangunkan ini bukan sekadar menerima aduan, tetapi mampu menganalisis data secara terperinci untuk membuat ramalan dan cadangan penyelesaian yang lebih tepat dan efi sien,” katanya semasa menerima lawatan kerja delegasi KKR yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat KKR, Yunus Tasim.
Tambah beliau, inovasi teknologi seperti RONDA yang diintegrasikan dengan media sosial akan lebih memudahkan penglibatan orang awam dalam melaporkan isu kerosakan jalan raya.

BIM yang digunakan oleh Infrasel bagi kerja-kerja pembaikan cerun.