Cadangan had tempoh PM 10 tahun perlu diperincikan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai had tempoh Perdana Menteri 10 tahun. Gambar kecil: Mohd Nazree (kiri), Mohd Fairuz
SHAH ALAM - Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun perlu diperincikan kerana terdapat perbezaan antara tempoh tahun dan penggal pilihan raya yang turut berkait dengan pembubaran Parlimen.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, perkara yang menjadi persoalan utama ialah bagaimana cadangan tersebut mahu dilaksanakan sekiranya berlaku pembubaran Parlimen lebih awal daripada tempoh matang.