Era baharu selepas Dinasti Lim
Iklan
Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gobind Singh Deo (kiri) bersalaman bersama bekas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (dua dari kiri) selepas menerima undian tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP pada Kongres Ke-18 DAP di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Seksyen 15, pada Ahad. Foto Bernama. Gambar kecil: Kamarul Zaman (kiri), Ronnie Liu, M Periasamy
SHAH ALAM - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP penggal 2025-2028 menyaksikan pengaruh ‘Dinasti Lim’ kian terhakis apabila Lim Guan Eng sekadar mendapat tempat ke-26 daripada 30 kerusi dipertandingkan manakala adiknya, Lim Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Kewangan, tersingkir.
Pada pemilihan CEC 2022, Guan Eng dan Hui Ying masing-masing menduduki tempat kelapan dan ke-15.