Anwar ucap Salam Nuzul Quran, pesan teruskan tadabbur al-Quran

Iklan
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada semua rakyat Malaysia walau di mana mereka berada.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau mengambil kesempatan untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam supaya meneruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati serta mengejar keampunan ALLAH SWT pada pertengahan Ramadan ini.

Iklan
Iklan

Tadabbur ialah perbuatan berfikir dengan mendalam menggunakan mata hati sehingga faham makna yang tersirat dalam ayat al-Quran dan hati terkesan apabila membacanya.

"Semoga kita dipilih oleh ALLAH SWT untuk bertemu dengan lailatulqadar, malam seribu bulan.

Iklan

"Alhamdulillah pada hari yang penuh keberkatan ini, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama memperingati peristiwa penting Nuzul Al-Quran tatkala wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata, wahyu pertama, yakni Iqra’ (Bacalah) menjadi titik permulaan sebuah era berasaskan ilmu dan menjadi panduan dalam mengangkat martabat insan dengan nilai keadilan serta ihsan.

Iklan

Selain itu, Perdana Menteri berkata, al-Quran ialah hidayah dan petunjuk bagi hamba-hamba yang bertakwa, dan mereka yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan sahaja akan merasai kemanisan takwa.

Nuzul Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah, iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda. - Bernama