Suami 'tangkap' isteri berkhalwat dengan lelaki bujang

Iklan
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain. Foto PADK Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain. Foto PADK
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain. Foto PADK

KULIM - [DIKEMAS KINI] Hancur hati seorang suami melihat isterinya tergamak melakukan perbuatan keji bersama lelaki lain di sebuah bilik hotel di Lunas di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 30-an yang menetap di Pahang itu nekad mahu menjejaki isterinya juga berusia 30-an sehingga ke Kedah selepas curiga dengan tindakan wanita itu.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, isterinya dikatakan terlebih dahulu datang ke Kedah dengan alasan mahu bertemu sepupu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mengesyaki sesuatu mencurigakan setelah mengesan kedudukan isterinya tidak pulang ke rumah sepupu di sini selepas ke kedai dobi.

Iklan

Dia kemudian menjejaki isterinya sehingga ke Kedah bagi menyiasat perkara itu.

Bagaimanapun, setelah tiba di lokasi yang dituju, dia terkejut apabila mendapati isterinya berada dalam sebuah bilik hotel bersama lelaki lain.

Iklan

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada suami wanita itu pada jam kira-kira 3.40 pagi.

"Suaminya datang dari Pahang 'trace location' isteri dan buat tangkapan... kemudian hubungi PADK,"katanya.

Difahamkan, mereka mengenali antara satu sama lain tujuh tahun lalu sebelum terputus hubungan setelah wanita itu berkahwin, namun baru-baru ini berhubung kembali setelah diberikan nombor telefon oleh sepupunya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.