Warga emas rugi lebih RM60,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Iklan
Mangsa terpedaya selepas menerima satu mesej melalui SMS yang menawarkan iklan pelaburan menarik daripada nombor tidak dikenali. Foto hiasan Mangsa terpedaya selepas menerima satu mesej melalui SMS yang menawarkan iklan pelaburan menarik daripada nombor tidak dikenali. Foto hiasan
Mangsa terpedaya selepas menerima satu mesej melalui SMS yang menawarkan iklan pelaburan menarik daripada nombor tidak dikenali. Foto hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas kerugian RM62,109 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 28 Februari lepas mangsa lelaki yang berusia 73 tahun telah menerima satu mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan iklan pelaburan menarik daripada nombor tidak dikenali.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, melalui iklan tersebut mangsa ditawarkan membuat pelaburan di ‘syarikat pelaburan’ dalam talian sebanyak RM400 dengan pulangan keuntungan berjumlah RM8,500 dalam masa 48 jam.

"Selepas membuat pelaburan awal, mangsa diarah membuat bayaran lain atas alasan upah dan kos proses pembayaran keuntungan.

Iklan

"Mangsa yang terpedaya telah menggunakan wang simpanannya ketika bekerja di sebuah syarikat akhbar untuk membuat 18 kali transaksi ke sembilan akaun yang berbeza berjumlah RM62,109," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, Azli berkata, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 1 tengah hari Isnin.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama