Gempa bumi: 'Tengah baring katil rasa bergoyang' - Young Syefura

Iklan
Young Syefura Young Syefura
Young Syefura

KUANTAN -"Tengah baring kat katil tiba-tiba rasa bergoyang. Rupanya banyak tempat rasa benda yang sama."

Demikian kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang berkongsi hantaran di platform X apabila merasai gegaran ekoran gempa bumi melanda Sumatera Utara, Indonesia pada Selasa.

Iklan
Iklan

Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Namun tidak dapat dipastikan lokasi beliau yang mesra dengan panggilan Rara ketika merasai gegaran tersebut.

Iklan

Dalam hantaran itu juga beberapa individu turut berkongsi pengalaman dan mendakwa merasai situasi sama.

Sebelum itu, gegaran gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada jam 6:23 pagi waktu tempatan.

Iklan

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X dengan kedalaman pusat gempa tersebut adalah 109 kilometer (km).

Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10km itu berlaku pada jarak 41km timur dari Sibolga, Indonesia dan tiada ancaman tsunami kepada negara ini.