Didenda RM10,000 simpan landak raya, burung murai batu tanpa lesen

Iklan
Pegawai Perhilitan membawa barang kes berupa sangkar burung dan landak ke mahkamah. Pegawai Perhilitan membawa barang kes berupa sangkar burung dan landak ke mahkamah.
Pegawai Perhilitan membawa barang kes berupa sangkar burung dan landak ke mahkamah.

SEREMBAN - Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan menyimpan haiwan dilindungi tanpa lesen iaitu landak raya dan burung murai batu, tahun lalu.

Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nazrin Md Yunus, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut dua pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah didapati menyimpan tanpa lesen seekor landak raya (Hystrix brachyura) dan seekor burung murai batu (Copsychus malabaricus) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Iklan

Kesalahan dilakukan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah beralamat di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang, Jelebu, pada 21 Mei tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta 716 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.

Iklan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman denda yang ringan kerana tidak mempunyai kerja tetap dan menyara ibu bapa.

Mei Ching didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan dua kura-kura African Spurred tanpa lesen. Mei Ching didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan dua kura-kura African Spurred tanpa lesen.
Mei Ching didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan dua kura-kura African Spurred tanpa lesen.

Pegawai Pendakwa Perhilitan, Ain Nur Shainaz Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat di luar sana.

Di kamar sama, pembantu kedai makan, Tan Mei Ching, 42, didenda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan dua kura-kura African Spurred (Geochelone sulcata) tanpa lesen di sebuah rumah di Taman Baiduri, di sini April tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyimpan haiwan itu iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta 716.

Dia yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia sekeluarga tidak mengetahui mengenai undang-undang memelihara haiwan berkenaan dan ia dianggap sebagai budaya fengshui.

Kedua-dua tertuduh membayar denda.