DUN Sabah bersidang April mungkin yang terakhir sebelum PRN17?

Iklan
Speaker DUN Sabah sahkan mesyuarat Pertama Penggal Kelima 2025 DUN Sabah Ke-16 itu akan berlangsung pada 10 April hingga 17 April depan. Foto hiasan Speaker DUN Sabah sahkan mesyuarat Pertama Penggal Kelima 2025 DUN Sabah Ke-16 itu akan berlangsung pada 10 April hingga 17 April depan. Foto hiasan
Speaker DUN Sabah sahkan mesyuarat Pertama Penggal Kelima 2025 DUN Sabah Ke-16 itu akan berlangsung pada 10 April hingga 17 April depan. Foto hiasan

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual bersidang selama enam hari pada April depan berkemungkinan akan menjadi sidang yang terakhir sebelum DUN dibubarkan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan bahawa mesyuarat Pertama Penggal Kelima 2025 DUN Sabah Ke-16 itu akan berlangsung pada 10 April hingga 17 April depan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pada sidang akhbar yang lepas, ketika ditanya jika ia adalah Sidang DUN yang terakhir, beliau memaklumkan ia hanya berkuat kuasa selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan untuk pembubaran DUN Sabah.

"Bila bubar, itu kuasa Ketua Menteri dan bila ia dibubarkan baru saya maklumkan (ia sidang terakhir)," katanya.

Iklan

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kekosongan kerusi DUN Melalap, beliau memaklumkan ketika ini pihaknya masih menunggu dokumen rasmi daripada peguam penyandang kerusi tersebut, Datuk Peter Anthony.

"Kami masih tunggu dokumen rasmi dari peguam beliau mengenai tindakan mereka seterusnya. Satelah itu barulah DUN boleh buat sebarang keputusan rasmi," katanya.

Iklan

Sinar Harian pada 5 Mac lalu melaporkan kerusi DUN Melalap hanya akan dikosongkan secara automatik selepas 14 hari sekiranya penyandangnya, Datuk Peter Anthony, tidak menggunakan sebarang jalan perundangan yang tersedia.

Terdahulu, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu dipenjarakan serta-merta oleh Mahkamah Rayuan di sini pada 4 Mac lalu kerana memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.