9 bulan terkandas di ISS, dua angkasawan AS akhirnya pulang

Iklan
Kedua-dua angkasawan AS ini akan kembali ke Bumi dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX. -AFP Kedua-dua angkasawan AS ini akan kembali ke Bumi dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX. -AFP
Kedua-dua angkasawan AS ini akan kembali ke Bumi dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX. -AFP

WASHINGTON – Dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas lebih sembilan bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dijadualkan kembali ke Bumi dengan kapal angkasa Dragon SpaceX pada Selasa, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Kedua-dua angkasawan itu terkandas sejak Jun tahun lalu selepas kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka uji dalam penerbangan kru sulungnya mengalami masalah sistem pendorongan dan dianggap tidak selamat untuk penerbangan pulang.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, NASA memaklumkan pihaknya telah mempercepatkan jadual kepulangan angkasawan terbabit ke bumi dengan sasaran pendaratan di lautan berhampiran pantai Florida.

Menurut jadual terkini, kapal angkasa yang membawa empat angkasawan dijadualkan untuk berpisah dari ISS pada 1:05 pagi Waktu Timur (0505 GMT) Selasa untuk memulakan perjalanan pulang. Kapal angkasa itu dijadualkan untuk mendarat di luar pantai Florida pada 5:57 petang Waktu Timur (2157 GMT) Selasa.

Iklan

"Sasaran pemulangan yang dikemas kini ini memberi masa kepada kru ISS untuk menyelesaikan tugasan penyerahan serta memastikan fleksibiliti operasi sebelum keadaan cuaca yang dijangka kurang baik menjelang akhir minggu ini,” kata NASA.

Bagi Wilmore dan Williams, kepulangan itu menandakan berakhirnya tempoh sembilan bulan mereka terkandas di ISS, yang pada asalnya hanya dijadualkan sebagai misi pulang pergi selama beberapa hari.

Iklan

Mereka terpaksa menjalani tempoh misi yang jauh lebih lama berbanding giliran standard ISS yang biasanya sekitar enam bulan. – AFP