KPDN bongkar stor haram seleweng LPG

Iklan
Penguatkuasa KPDN Putrajaya memeriksa tong LPG bersubsidi disyaki diseleweng dalam serbuan di stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam. Penguatkuasa KPDN Putrajaya memeriksa tong LPG bersubsidi disyaki diseleweng dalam serbuan di stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam.
Penguatkuasa KPDN Putrajaya memeriksa tong LPG bersubsidi disyaki diseleweng dalam serbuan di stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam.

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket terbabit dalam aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, hasil risikan dilakukan selama tiga minggu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya melaksanakan serbuan bermula jam 7 petang.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan awal mendapati, premis ini dijadikan stor haram untuk menjalankan aktiviti decanting atau aktiviti pemindahan LPG bersubsidi ke dalam tong LPG berkapasiti 50 kilogram (kg) bagi kegunaan industri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Azman berkata, peralatan seperti hos penyambung ditemui dan dipercayai digunakan dalam aktiviti decanting.

Iklan

"Beberapa peralatan digunakan untuk kegiatan ini termasuk tiga lori disita untuk tujuan siasatan lanjut.

"Sebanyak 608 tong LPG disita melibatkan jumlah rampasan LPG dianggarkan 5,864kg bernilai RM14,565," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Azman berkata, seramai empat lelaki termasuk seorang warga asing merupakan pekerja di premis tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

Penguatkuasa KPDN Putrajaya memeriksa tong LPG bersubsidi disyaki diseleweng dalam serbuan di stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam.

"Semua suspek berusia 25 hingga 45 tahun disyaki bekerja di premis baharu dua bulan beroperasi," katanya.

Menurut Azman, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

"Syarikat ini juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 20010)," katanya.

Azman berkata, KPDN menegaskan pihak kementerian akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat.

"Berdasarkan statistik penguatkuasaan mengikut pelaksanaan Ops Tiris 3.0 bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 28 Februari 2025 di seluruh negara, sebanyak 269 kes dihasilkan dan daripada jumlah itu, sebanyak RM130,000 LPG bernilai 1.64 Juta berjaya dirampas," katanya.

Katanya, tindakan itu adalah sebahagian inisiatif Kita Gempur yang dilancarkan pada 19 Oktober lalu dalam menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan melibatkan barang kawalan dan bersubsidi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi disarankan untuk menyalurkan aduan melalui WhatsApp di talian 019-848 8000 atau portal e-Aduan KPDN di alamat http://eaduan.kpdn.gov.my, 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN," ujarnya.