Hans Isaac lepaskan jawatan Pengerusi PSM

Iklan
Muat naik yang dikongsikan Hans Isaac di media sosialnya. Muat naik yang dikongsikan Hans Isaac di media sosialnya.
Muat naik yang dikongsikan Hans Isaac di media sosialnya.

FIGURA terkenal industri hiburan dan sukan tanah air, Datuk Hans Isaac, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Keputusan ini yang diumumkan menerusi platform media sosial Instagram menandakan berakhirnya tempoh dua tahun menerajui badan pengurusan stadium negara.

Iklan
Iklan

Hans Isaac juga luahan rasa terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas kepercayaan dan peluang yang diberikan sepanjang memimpin PSM.

"Dua tahun yang penuh bermakna," tulis Hans Isaac dalam hantaran Instagramnya, menggambarkan pengalaman serta kerjasama erat yang terjalin sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Iklan

"Saya ingin berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan juga Timbalan Menteri KBS, YB Adam Adli untuk peluang yang diberikan pada saya, setelah dua tahun (20 Mac 2025) memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia.

"Tak lupa juga pada Ahli Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Illyas Jamil dan barisan tenaga kerja agensi. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua pihak," katanya dalam muat naik tersebut.

Iklan