RM5 juta naik taraf sistem perparitan Taman Wira Mergong

Iklan
Abdul Gafar (duduk, kiri) bergambar bersama Usahanita dari seluruh Kedah di Kafe Santai D Sungai Derga pada Isnin malam. Abdul Gafar (duduk, kiri) bergambar bersama Usahanita dari seluruh Kedah di Kafe Santai D Sungai Derga pada Isnin malam.
Abdul Gafar (duduk, kiri) bergambar bersama Usahanita dari seluruh Kedah di Kafe Santai D Sungai Derga pada Isnin malam.

ALOR SETAR - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Setar telah menerima peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf sistem perparitan di Taman Wira Mergong yang kerap dilanda banjir kilat sebelum ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, projek naik taraf terbabit akan bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Iklan
Iklan

Katanya, peruntukan terbabit merangkumi kerja-kerja mengorek longkang sepanjang kawasan Taman Wira sehingga ke sebuah masjid di kawasan terbabit.

"Dalam masa yang sama saya juga memohon penduduk di Taman Wira Mergong supaya gunakan kesempatan ini untuk bersama-sama membersihkan kawasan perumahan masing masing.

Iklan

"Ini kerana berdasarkan tinjauan saya baru-baru ini, ada yang simpan barang-barang lama, binaan yang menutup parit belakang rumah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Usahanita dari seluruh Kedah di Kafe Santai D Sungai Derga pada Isnin malam.

" Ketika tinjauan, kita lihat ada yang meninggalkan barang niaga mereka di bahu jalan yang menjejaskan pandangan dan keselamatan orang ramai.

Iklan

"Selain itu, jika ada peniaga yang belum ada lesen, mereka perlu mendapatkannya dengan segera,”ujarnya.

Abdul Gafar berkata, beliau juga dalam perancangan untuk bertemu dengan wakil penduduk bersama Ahli Majlis MBAS kawasan itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai gambar tular di media sosial yang menunjukkan sampah dan sisa makanan yang ditinggalkan di Dataran Medan Bandar, Abdul Gafar berkata, pihaknya telah menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk menampung jumlah pengunjung berbuka puasa di situ.

"Selepas Jumaat minggu pertama puasa yang lalu, kita sudah menambah bilangan tong sampah di kawasan itu.

" Saya juga tak percaya semua tong sampah itu penuh sebab setiap kali hujung minggu saya akan ronda di kawasan itu pada sebelah malam,”katanya.

Abdul Ghafar berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung kerana menghidupkan semula bandar raya Alor Setar tetapi perlu bekerjasama membuang sampah dalam tong sampah yang sepatutnya.

"Kita jangkakan ramai perantau akan pulang berhari raya tidak lama lagi dan akan mengambil kesempatan berbuka puasa di dataran itu.

"Bagaimanapun keadaan dijangka akan terkawal kerana ramai pihak berkuasa bertugas di situ dan Insya-ALLAH ia tidak akan menyebabkan kesesakan," katanya.