Asia Barat semakin bergolak: Yemen serang kapal AS, Israel bedil Syria

Iklan
Konflik yang melanda beberapa negara dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih meluas di rantau itu. - Foto: Agensi Konflik yang melanda beberapa negara dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih meluas di rantau itu. - Foto: Agensi
Konflik yang melanda beberapa negara dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih meluas di rantau itu. - Foto: Agensi

SANAA - Situasi tidak menentu di rantau Asia Barat semakin membimbangkan kerana dikhuatiri mencetuskan peperangan lebih meluas selepas beberapa negara kini terlibat konflik secara serentak dan sebahagian besar daripadanya angkara rejim Zionis.

Di Yemen, gerakan Huthi pada Selasa melancarkan serangan ketiga ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS). USS Harry S Truman di utara Laut Merah dalam tempoh 48 jam sejak Washington menggempur Sanaa hingga meragut puluhan nyawa pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

Perseteruan antara Huthi dan AS semakin meningkat selepas pentadbiran Presiden Donald Trump melancarkan serangan pertama ke atas gerakan disokong Iran tersebut malah pemimpin itu sengaja 'menjolok sarang tebuan' apabila bertindak mengancam Teheran yang didakwa bertanggungjawab penuh atas sokongannya terhadap gerakan di bawah paksi penentangan anti-Israel tersebut.

Iran bagaimanapun menyelar retorik anti-Teheran dan kenyataan provokasi yang dibuat Washington malah ia memberi amaran tegas akan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk kempen pencerobohan ke atas negara itu.

Iklan

Di Syria pula, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membedil kemudahan tentera yang menjadi depot senjata dan kenderaan milik rejim Presiden digulingkan, Bashar al- Assad di selatan negara itu.

"Tinggalan aset ketenteraan itu menimbulkan ancaman kepada Tel Aviv,” ujar IDF dalam satu kenyataan.

Iklan

Agensi berita SANA melaporkan dua orang awam terkorban manakala 19 yang lain cedera dalam serangan di pinggir bandar Daraa.

Sejak kejatuhan rejim al-Assad pada Disember lalu, Zionis telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas Syria malah ia menceroboh zon penampan di Bukit Golan dengan menempatkan unit tentera di kedudukan strategik tersebut.

Di Lubnan, perjanjian gencatan senjata dicapai antara Beirut dan Damsyik pada lewat malam Isnin selepas insiden pertempuran sempadan berlarutan selama dua hari.

Kandungan kesepakatan itu menetapkan penyelarasan dan kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang turut berdepan ancaman serangan ganas Zionis.

Serangan rentas sempadan itu tercetus selepas kerajaan sementara Syria mendakwa pejuang Hizbullah 'menceroboh' ke kawasan Damsyik, namun dinafikan gerakan tersebut.

Di Tebing Barat, Pelapor Khas Hak Asasi Manusia di wilayah Palestin, Francesca Albanese memberi amaran Israel sedang melancarkan kempen pembersihan etnik menyasarkan penduduk Palestin.

Peringatan itu diberikan kepada komuniti antarabangsa selepas Zionis melancarkan operasi ketenteraan berskala besar sejak hampir dua bulan lalu hingga menyebabkan kira-kira 40,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal. - Agensi