Kerajaan Sabah nafi dakwaan salah guna kuasa, sedia berdepan saman

Iklan
Kerajaan Sabah menafikan tuduhan SFI berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam. - Gambar hiasan Kerajaan Sabah menafikan tuduhan SFI berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam. - Gambar hiasan
Kerajaan Sabah menafikan tuduhan SFI berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah bersedia menghadapi tuntutan saman yang difailkan oleh Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam.

Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah menerima writ saman pada Isnin daripada firma guaman Chin Jingulam & Associates yang mewakili SFI.

Iklan
Iklan

"Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri menafikan sepenuhnya dakwaan ini serta menganggapnya tidak berasas, memandangkan proses perundangan antara pihak terlibat masih berjalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan menentang tuntutan ini dengan tegas dan memfailkan pembelaan secara menyeluruh.

Iklan

"Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan dakwaan ini tanpa tindakan balas. Kami komited untuk melindungi reputasi Ketua Menteri, pentadbiran negeri, serta integriti keputusan yang telah dibuat," tambahnya.

Beliau juga yakin bahawa mahkamah akan memberikan keputusan yang adil dalam kes ini.

Iklan