Kerajaan negeri perlu beri keutamaan selesaikan masalah rakyat - PM

Iklan
Anwar (lima, kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Aziz Bakar (empat, kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Abd Nasir Salleh (dua, kanan) pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Bandar Tasek Mutiara pada Selasa. Foto Bernama Anwar (lima, kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Aziz Bakar (empat, kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Abd Nasir Salleh (dua, kanan) pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Bandar Tasek Mutiara pada Selasa. Foto Bernama
Anwar (lima, kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Aziz Bakar (empat, kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Abd Nasir Salleh (dua, kanan) pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Bandar Tasek Mutiara pada Selasa. Foto Bernama

NIBONG TEBAL - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meminta semua kerajaan negeri untuk memberikan keutamaan dalam menyelesaikan masalah rakyat, selain memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan perlu diberikan kepada penyelesaian masalah membabitkan kemiskinan tegar, isu banjir dan perumahan bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

Iklan
Iklan

"Kalau tanya saya apakah keutamaan selain infrastruktur, saya kata selesaikan masalah kemiskinan tegar (dan) masalah banjir.

"Takkan tiap-tiap tahun banjir, (negara) merdeka dah hampir 70 tahun tetapi banjir setiap tahun dan tidak ada langkah-langkah yang cepat dan berani,” kata beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Negeri Peringkat Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara di sini pada Selasa.

Iklan

Pada masa sama, Perdana Menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang atas usaha membangunkan Rumah Mampu Milik (RMM) Bakat Baru Madani, yang merupakan projek perumahan terbesar dan dijangka dilancarkan tahun ini.

Projek pembinaan 35,000 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar RM13 bilion di Pulau Pinang itu, bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, dewan serba guna dan taman permainan.

Iklan

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anwar juga berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada keputusan kerajaan untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Ini termasuk cadangan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula pada tahun hadapan, bagi memperkukuh penguasaan dalam bidang berkenaan.

Perdana Menteri berkata, meskipun perubahan tersebut tidak disukai ramai pihak termasuk ibu bapa, namun ia perlu dilaksanakan bagi mendepani permintaan industri terhadap pekerja terlatih khususnya dalam bidang berteknologi tinggi.

"Kalau buat rayuan atau tuntutan, kita tak (akan) layan kerana negara (akan) kalah. Kita bawa Infineon, NVIDIA, Arm (Limited) Microsoft, Google ke negara, tetapi anak-anak yang terlatih adalah terbatas," kata beliau.

Terdahulu, Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah itu dihadiri lebih 1,500 hadirin. - Bernama