PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang membawa 114 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang Selasa selepas mengisytiharkan kecemasan ketika dalam penerbangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi di sini hari ini, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.