PUTRAJAYA - Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH720 dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur telah mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo.
Pesawat yang membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal itu mendarat dengan selamat pada jam 6.18 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mematuhi protokol keselamatan standard, termasuk pengaktifan agen pemadam kebakaran di ruang kargo hadapan sebagai langkah berjaga-jaga.