Laluan KM78 Gua Musang-Lojing dibuka kepada kenderaan ringan sebelum 28 Mac ini

Iklan
Ahmad Maslan ketika melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang selepas taklimat menaiktaraf fasiliti pembiakan spesies mangsa untuk Harimau Malaya pada Selasa. Foto Bernama Ahmad Maslan ketika melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang selepas taklimat menaiktaraf fasiliti pembiakan spesies mangsa untuk Harimau Malaya pada Selasa. Foto Bernama
Ahmad Maslan ketika melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang selepas taklimat menaiktaraf fasiliti pembiakan spesies mangsa untuk Harimau Malaya pada Selasa. Foto Bernama

GUA MUSANG - Laluan di Kilometer (KM) 78 Gua Musang-Lojing, berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, yang mengalami tiga lubang benam, akan dibuka kepada kenderaan ringan sebelum 28 Mac ini bagi memudahkan perantau pulang berhari raya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehingga kini, laluan terbabit sedang dalam pembaikan dan telah siap 50 peratus dengan kos pembaikan berjumlah RM2 juta.

Iklan
Iklan

Kejadian lubang benam itu berlaku pada November tahun lepas.

"Saya dimaklumkan bahawa sebelum Aidilfitri, kita boleh membuka satu lorong sahaja dan selepas raya, kita akan membuka dua lorong.

Iklan

"Pada masa ini, pihak syarikat konsesi sedang giat membina pembetung di kawasan ini," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Ahmad berkata, JKR telah menutup lubang mendap itu dan penduduk setempat sudah mula menggunakan laluan berkenaan, namun ia belum dibuka secara rasmi.

Iklan

Katanya, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh-Cameron Highlands.

Terdahulu, Ahmad meninjau projek menaik taraf fasiliti pembiakan spesies mangsa untuk Harimau Malaya di Pusat Konservasi Hidupan Liar di sini.

Beliau berkata, projek bernilai RM3.325 juta itu, yang dilaksanakan oleh JKR secara tender, dijangka siap pada Januari 2026 dan dijalankan di pusat konservasi milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, projek tersebut bagi memastikan kelangsungan spesies Harimau Malaya yang semakin berkurangan. - Bernama