Bapa perkosa anak kandung bayar lelaki lain nikahi mangsa

Iklan
Seorang lelaki berusia 40 tahun, dikenali sebagai B, didakwa memperkosa anak kandungnya yang berusia 17 tahun sehingga melahirkan anak di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan. Seorang lelaki berusia 40 tahun, dikenali sebagai B, didakwa memperkosa anak kandungnya yang berusia 17 tahun sehingga melahirkan anak di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan.
Seorang lelaki berusia 40 tahun, dikenali sebagai B, didakwa memperkosa anak kandungnya yang berusia 17 tahun sehingga melahirkan anak di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan.

JAKARTA - Seorang lelaki berusia 40 tahun, dikenali sebagai B, didakwa memperkosa anak kandungnya yang berusia 17 tahun sehingga melahirkan anak di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan.

Media tempatan melaporkan, bagi menutup jenayahnya, suspek menuduh lelaki lain menghamilkan mangsa sebelum mengatur perkahwinan bagi menutup malu.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Kampung Salo Kabupaten Pinrang, Muhammad Darwin, suspek menggunakan pelbagai helah bagi mengelak perbuatannya terbongkar.

"Suspek cukup licik. Dia menyebarkan khabar angin bahawa anaknya dihamilkan oleh lelaki lain,” katanya ketika ditemui wartawan pada Jumaat.

Iklan

Difahamkan, suspek telah membayar seorang lelaki untuk menikahi anaknya yang sedang hamil akibat kejadian rogol itu.

"Perkahwinan itu dirancang sebagai ‘kawin bayaran’. Lelaki itu dibayar supaya anaknya tidak menanggung malu di hadapan masyarakat,” jelasnya lagi.

Iklan
Penduduk yang berang merobohkan rumah suspek kerana kesal dengan perbuatan lelaki berkenaan. - Foto Agensi

Bagaimanapun, perbuatan suspek terbongkar apabila dia cuba melakukan perkara yang sama terhadap anak keduanya.

Namun, anak keduanya bertindak melawan dan melaporkan kejadian kepada ibu saudaranya sebelum membuat laporan polis pada 13 Mac lalu.

Ekoran kejadian itu, penduduk setempat yang berang dengan perbuatan suspek bertindak membongkar dan merobohkan rumahnya pada malam 14 Mac.

"Penduduk telah membuat keputusan bersama. Rumah suspek telah dibongkar kerana masyarakat sudah hilang sabar dengan perbuatannya,” ujar Darwin.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan suspek telah ditangkap dan kini dalam siasatan.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kronologi kejadian masih belum didedahkan kerana suspek sedang disoal siasat.

"Kes ini sudah lama berlaku, namun laporan kepada kami hanya dibuat pada 12 Mac dan terus kami ambil tindakan,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Pinrang, Iptu Andi Reza Pahlawan.

Katanya lagi, kes ini sedang dalam perhatian pihak berkuasa bagi memastikan keadilan bagi mangsa dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap suspek. -Agensi