Fenomena buih putih luar biasa cemari pantai

Iklan
Kemunculan buih putih yang mencacatkan pemandangan Pantai Parsons dan Waitpinga. Kemunculan buih putih yang mencacatkan pemandangan Pantai Parsons dan Waitpinga.
Kemunculan buih putih yang mencacatkan pemandangan Pantai Parsons dan Waitpinga.

MELBOURNE – Dua pantai di Australia Selatan terpaksa ditutup selepas kawasan itu dicemari buih putih luar biasa serta dipenuhi puluhan bangkai ikan, menurut pihak berkuasa pada Selasa.

Pegawai Saintifik Utama Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar Australia Selatan, Sam Gaylard, berkata pembentukan mikroalga akibat keadaan cuaca luar biasa dipercayai menjadi punca pencemaran tersebut sehingga menyebabkan pengunjung pantai jatuh sakit.

Iklan
Iklan

"Pencemaran di kedua-dua pantai selatan Adelaide ini amat membimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar dan Air mengesahkan bahawa Pantai Parsons dan Waitpinga hanya akan dibuka semula selepas keadaan disahkan selamat untuk orang ramai.

Iklan

Sejak hujung minggu lalu, beberapa peluncur yang berada di pantai berkenaan mengadu mengalami sakit mata, sakit tekak dan batuk selepas terdedah kepada air laut tersebut.

Difahamkan, saintis marin telah mengambil sampel buih berkenaan yang dipercayai terhasil daripada pereputan organisma toksik, namun keputusan analisis hanya dijangka diperoleh pada hujung minggu ini. - Agensi

Iklan