KIF2020 himpun atlet muay thai

Iklan
Penganjur KIF2020 bergambar bersama selepas sidang media di Kluang baru-baru ini.

BERSEMPENA Bulan Kemahkotaan Sultan Johor 2020, Chamek Warrior Muay Thai Club dengan kerjasama C5 Intergrated Global mengambil inisiatif bagi menganjurkan Kluang International Fight 2020 (KIF2020) yang akan berlangsung pada 10 dan 11 April depan di Seri Jubli International School di Kluang, Johor.

Difahamkan, penganjuran KIF2020 itu secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada atlet-atlet sukan muay thai di tanah air khususnya Johor untuk mempamerkan bakat masing-masing.

Iklan
Iklan

Pengerusi KIF2020, Mohamad Al Ikhsan berkata, penganjuran program itu juga sekali gus dapat membantu ke arah pembangunan sukan muay thai pada masa hadapan.

"Bagi kelangsungan kejohanan ini, jawatankuasa kerja program telah memutuskan sebanyak 12 bout sahaja akan dipertandingkan untuk kategori pro dengan tiga tawaran hadiah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Antara hadiah yang ditawarkan kepada pesaing dalam KIF2020 nanti adalah berupa wang tunai, medal, sijil, hadiah sampingan dan pelbagai lagi.

Mohamad berkata, terdapat juga beberapa aktiviti sampingan di lapangan yang turut dianjurkan dalam program berkenaan bagi memberi kemeriahan kepada pengunjung yang hadir.

Iklan

"Antara aktiviti tersebut adalah Kluang Stance, Kluang Jumprope, Mr Body Smart Kluang, ESports, Netball Shootout dan beberapa lagi.

"Program ini juga akan turut melibatkan usahawan-usahawan tempatan khususnya anak Johor untuk berniaga sepanjang penganjuran berlangsung,” katanya.