PONTIAN - Tular video di laman sosial memaparkan bendera Johor di pasang secara terbalik didakwa berlaku di sebuah tokong di Jalan Kukup di sini sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku pada kira-kira jam 1 petang pada Selasa.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan polis dibuat berkenaan kejadian berkenaan.
"Kejadian yang berlaku di sebuah persatuan penganut agama telah diselesaikan secara baik di mana dua orang awam telah ke lokasi dan membuat teguran," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Tegas beliau, orang ramai agar lebih peka dan mengambil tahu protokol berkaitan pemasangan bendera di negara ini.
Sebelum itu, tular video berdurasi 60 saat di Facebook memaparkan seorang lelaki menegur mengenai pemasangan bendera Johor yang terbalik kepada dua wanita yang kemudian meminta maaf kerana mendakwa tidak tahu.