Tak boleh pandang rendah Nepal

Iklan
Wilkin menganggap aksi menentang Nepal akan menjadi perlawanan sukar. Foto FAM Wilkin menganggap aksi menentang Nepal akan menjadi perlawanan sukar. Foto FAM
Wilkin menganggap aksi menentang Nepal akan menjadi perlawanan sukar. Foto FAM

SKUAD Harimau Malaya tidak boleh memandang rendah kemampuan Nepal menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa depan.

Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin berkata, perlawanan menentang pasukan di ranking ke-175 dunia itu tetap akan menjadi perlawanan sukar dan persiapan rapi perlu dilakukan skuad negara.

Iklan
Iklan

Malah, reputasi skuad negara yang lebih baik selain rekod kemenangan 5-1 dalam aksi persahabatan tahun lalu tidak boleh dijadikan ukuran 'tugas mudah' untuk menewaskan pasukan The Gorkhalis itu.

"Jadi, kami pasti akan melihat bagaimana mereka bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Singapura.

Iklan

"Kami akan melakukan analisis ke atas mereka pada hujung minggu ini dan akan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Wilkin percaya persaingan sihat bakal berlaku dalam skuad negara terutama dengan kehadiran ramai pemain baharu termasuk pemain warisan.

Iklan

Menurutnya, ia akan meningkatkan kualiti pasukan negara dan dalam masa sama akan menjadikan para pemain lebih bersemangat untuk bersaing memikat hati pengendali pasukan negara, Peter Cklamovski.

"Saya rasa persaingan akan menjadi sangat sengit dengan kehadiran pemain baharu dalam skuad. Saya percaya perkara ini hanya akan meningkatkan tahap keseluruhan pasukan kebangsaan.

"Jadi, mempunyai persaingan yang sihat untuk merebut tempat dalam pasukan adalah sesuatu yang baik, dan pastinya akan menarik untuk dilihat pada masa hadapan," katanya.